About Me

Atas izin-Mu ku terlahir, Atas Kudrat-Mu ku berdiri, Demi keagungan-Mu ya Allah... akan ku genggan bara islam ini..Ya Rahman Ya Rahim..Titipkanlah Selaut kekuatan, Buat hamba-Mu yang lemah ini.Biar ke penjuru dunia..Biar melangit musafirku.. Selagi ku bernaung di bawah langit rahmat-Mu..Selama terpasak kaki ini di bumi subur-Mu..Pasti Islam ku genggam rapi mujahadah ku memagar nafsu berapi..biar akhir nanti nyawaku jadi galang-ganti!

KISAH NABI MUSA A.S. (PART 1)

Nabi Musa A.S. adalah seorg bayi yg dilahirkan dikalangan Bani Isra'il yg pada ketika itu dikuasai oleh Raja Fir'aun yg bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya'qub adalah beribukan Yukabad.Setelah meningkat dewasa Nabi Musa telah beristerikan dengan puteri Nabi Syu'aib iaitu Shafura.Dalam perjalanan hidup Nabi Musa untuk menegakkan Islam dlm penyebaran risalah yg telah diutuskan oleh Allah kepadanya ia telah diketemukan beberapa orang nabi diantaranya ialah bapa mertuanya Nabi Syu'aib, Nabi Harun dan Nabi Khidhir. Dalam bak ini juga ada diceritakan tentang perlibatan beberapa org nabi yg lain di antaranya Nabi Somu'il serta Nabi Daud

Catatan :~
Para ahli tafsir berselisih pendapat tentang Syu'aib, mentua Nabi Musa. Sebahagia besar berpendapat bhw ia adalah Nabi Syu'aib A.S. yg diutuskan sebagai rasul kepada kaum Madyan, sedang yg lain berpendapat bhw ia adalah org lain iaitu yg dianggap adalah satu kebetulan namanya Syu'aib juga. Wallahu A'lam bisshawab smber: e-book islam

KISAH NABI SYU'AIB A.S.

Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yg tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dr org-org kafir tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka mentembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yg ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sgt jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib a.s.
Kemungkaran, kemaksiatan dan tipu menipu dlm pengaulan merupakan perbuatan dan perilaku yg lumrah dan rutin. Kecurangan dan perkhianatan dlm hubungan dagang seperti pemalsuan barang, kecurian dalam takaran dan timbangan menjadi ciri yg sudah sebati dgn diri mereka. Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dgn demikian yg kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yg lemah semakin merosot modalnya dan semakin melarat hidupnya.

Sesuai dgn sunnah Allah sejak Adam diturunkan ke bumi bhw dari waktu ke waktu bila manusia sudah lupakan kpd-Nya dan sudah jauh menyimpang dair ajaran-ajaran nabi-nabi-Nya, dan bila Iblis serta syaitan sudah menguasai sesuatu masyarakat dgn ajaran dan tuntutannya yg menyesatkan maka Allah mengutuskan seorg rasul dan nabi utk memberi penerangan serta tuntutan kpd mereka agar kembali ke jalan yg lurus dan benar, jalan iman dan tauhid yg bersih dari segala rupa syirik dan persembahan yg bathil.

Kpd kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorg Rasul iaitu Nabi Syu'aib, seorg drp mrk sendiri, sedarah an sedaging dgn mrk. Ia mengajak mereka meninggalkan persembahan kpd Aikah, sebuah benda mati yg tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kpd Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi termasuk sebidang tanah yg mereka puja sebagai tuhan mereka.
Nabi Syu'aib kpd mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yg dilarang oleh Allah serta membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan terutama terhadap org lain, meninggalkan perkhianat dan kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang, perampasan hak milik seseorg dan penindasan terhadap org-org yg lemah dan miskin.

Diingatkan oleh Nabi Syu'aib akan nikmat Allah dan kurniaan-Nya yg telah memberi mereka tanah subu serta sarana-sarana kemakmuran yg berlimpah-limpah dgn pertumbuhan jumlah penduduk dan anak cucu yg pesat. Semuanya itu menurut seruan Nabi Syu'aib, patut diimbangi dgn rasa bersyukur dan bersembah kpd Allah Maha Pencipta yg akan melipat gandakan nikmat dan kurnia-Nya kpd org-org yg beriman dan bersyukur.
Diingatkan pula Nabi Syu'aib bhw mrk tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yg benar mengikuti ajaran dan perintah Allah yg dibawanya, nescaya Allah akan mencabut nikmat dan kurnia-Nya kpd mereka, bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain seksa dari azab yg menanti mereka kelak di akhirat bila di bangkitkan kembali dari kubur.

Kepada mereka Nabi Syu'aib dikisahkan seksa dan azab yg diturunkan oleh Allah terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yg kesemua telah menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan mereka mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yg diutus Allah kpd Mereka. Diingatkan oleh Nabi Syu'aib agar mereka beriktibar dan ingat bhw mereka akan mengalami nasib yg telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka tetap melakukan persembahan yg bathil serta tetap melakukan perbuatan-perbuatan yg buruk dan jahat.

Dakwah dan ajakan Nabi Syu'aib disambut oleh mereka terutama penguasa, pembesar serta org-org kaya dgn ejekan dan olok-olok. Mereka berkata: "Adakah kerana solatmu, engaku memerintahkan kami menyembah selain apa yg telah kami sembah sepanjang hayat kami. Persembahan mana pula telah dilakukan oleh nenek moyang kami dan diwariskan kpd kami. Dan apakah juga krn solatmu engkau menganjurkan kami meninggalkan cara-cara hidup sehari-hari yg nyata telah membawa kemakmuran dan kebahagian bagi kami bahkan sudah menjadi adat istiadat kami turun temurun. Sungguh kami tidak mengerti apa apa tujuanmu dan apa maksudmu dgn ajaran-ajaran baru yg engkau bawa kpd kami. Sungguh kami menyaksikan kesempurnaan akalmu dan keberesan otakmu!"

Ejekan dan olok-olok mrk didengar dan diterima oleh Syu'aib dgn kesabran dan kelapangan dada. Ia sesekali tidak menyambut kata-kata kasar mereka dgn marah atau membalasnya dgn kata-kata yg kasar pula. Ia bahkan makin bersikap lemah lembut dlm dakwahnya dgn menggugah hati nurani dan akal mereka supaya memikirkan dan merenungkan apa yg dikatakan dan dinasihatkan kpd mereka. Dan sesekali ia menonjolkan hubungan darah dan kekeluargaannya dgn mereka, sebagai jaminan bhw ia menghendaki perbaikan bagi hidup mereka di dunia dan akhirat dan bukan sebaliknya. Ia tidak mengharapkan sesuatu balas jasa atas usaha dakwahnya. Ia tidak pula memerlukan kedudukan atau menginginkan kehormatan bagi dirinya dari kaumnya. Ia akan cukup merasa puas jika kaumnya kembali kpd jalan Allah, masyarakatnya akan menjadi masyarakat yg bersih dari segala kemaksiatan dan adt-istiadat yg buruk. Ia akan menerima upahnya dari Allah yg telah mengutuskannya sebagai rasul yg dibebani amanat utk menyampaikan risalah-Nya kpd kaumnya sendiri.

Kaum Syu'aib akhirnya merasa jengkel dan jemu melihat Nabi Syu'aib tidak henti-hentinya berdakwah bertabligh pada setiap kesempatan dan di mana saja ia menemui org berkumpul. Penghinaan dan ancaman dilontar kpd Nabi Syu'aib dan para pengikutnya akan diusir dan akan dikeluarkan dari Madyan jika mereka mahu menghentikan dakwahnya atau tidak mahu mengikuti agama adn cara-cara hidup mereka.
Berkata mereka kpd Nabi Syu'aib dengan nada mengejek: "Kami tidak mengerti apa yg kamu katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dlm hati dan kalbu kami. Engkau adalah seorg yg lemah fizikalnya, rendah kedudukan dlm pengaulan maka tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yg berfizikal lebih kuat dan berkedudukan yg lebih tinggi drpmu. Cuba tidak kerana kerabatmu yg kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan sisihkan dari pengaulan kami."

Nabi Syu'aib menjawab: "aku tidak akan hentikan dakwahku kpd risalah Allah yg telah diamanahkan kpdku dan jgnlah kamu mengharapkan bhw aku mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adt-istiadatmu setelah Allah memberi hidayahnya kpd kami. Pelindunganku adalah Allah Yang Maha Berkuasa dan bukan sanad kerabatku, Dialah yg memberi tugas kpdku dan Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman. Adakah sanak saudaraku yg engkau lebih segani drp Allah yg Maha Berkuasa?"

Sejak berdakwah dan bertabligh menyampaikan risalah Allah kpd kaum Madyan, Nabi Syu'aib berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari kaumnya, sedang bahagian yg terbesar masih tertutup hatinya bagi cahaya iman dan tauhid yg diajar oleh beliau. Mereka tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adt-istiadat dan agama yg mereka warisi dari nenek moyang mereka. Itulah alasan mereka satu-satunya yg mereka kemukakan utk menolak ajaran Nabi Syu'aib dan itulah benteng mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Syu'aib atas persembahan mereka yg bathil dan adat pengaulan mereka yg mungkar dan sesat. Di samping itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi keterangan-keterangan Nabi Syu'aib yg didukung dgn dahlil dan bukti yg nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah Nabi adalah tukang sihir dan ahli sulap yg ulung. Mereka telah berani menentang Nabi Syu'aib utk membuktikan kebenaran risalahnya dgn memdatangkan bencana dari Allah yg ia sembah dan menganjurkan org menyembah-Nya pula.

Mendengar tentangan kaumnya yg menandakan hati mereka telah tertutup rapat-rapat bagi sinar agama dan wahyu yg ia bawa dan bhw tiada harapan lagi akan menarik mereka ke jalan yg lurus serta mengangkat mereka dari lembah syirik dan kemaksiatan serta pergaulan buruk, maka bermohonlah Nabi Syu'aib kpd Allah agak menurunkan azzab seksanya kpd kaum Madyan bhw wujud-Nya serta menentang kekuasaannya utk menjadi ibrah dan peringatan bagi generasi-generasi yg mendatang.
Allah Yang Maha berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Syu'aib, maka diturunkanlah lebih dahulu di atas mereka hawa udara yg sangat panas yg mengeringkan kerongkongan krn dahaga yg tidak dapat dihilangkan dgn air dan membakar kulit yg tidak dapat diubati dgn berteduh di bawah atap rumah atau pohon-pohon.

Di dlm keadaan mrk yg sedang bingung, panik berlari-lari ke sana ke mari, mencari perlindungan dari terik panasnya matahari yg membakar kulit dan dari rasa dahaga krn keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di atas kepala mereka gumpalan awan hitam yg tebal, lalu berlarilah mereka ingin berteduh dibawahnya. Namun setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya berdesak-desak dan berjejal-jejal, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api dari jurusan awan hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan dahsyat sementara bumi di bawah mereka bergoyang dgn kuatnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbun satu di bawah yg lain dan melayanglah jiwa mereka dgn serta-merta.

Nabi Syu'aib merasa sedih atas kejadian yg menimpa kaumnya dan berkata kpd para pengikutnya yg telah beriman: "Aku telah sampaikan kpd mrk risalah Allah, menasihati dan mengajak mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar serta persembahan bathil mereka dan aku telah memperingatkan mereka akan datangnya seksaan Allah bila mereka tetap berkeras hati, menutup telinga mereka terhadap suara kebenaran ajaran-ajaran Allah yg aku bawa, namun mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak mempercayai peringatanku. Krnnya tidak patutlah aku bersedih hati atas terjadinya bencana yg telah membinasakan kaumku yg kafir itu.'

Kisah Nabi Syu'aib dikisahkan oleh Al-Quran dlm 39 ayat pada 4 surah, di antaranya surah "Asy-Syu'ara" ayat 176 sehingga 191 sebagai berikut :~

"176.~ Kaum Aikah telah mendustakan rasul-rasul.177.~ Ketika Syu'aib berkata kpd mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?"178.~ Sesungguhnya aku adalah seorg rasul kepercayaan.179.~ maka bertakwalah kpd Allah dan taatlah kpdku.180.~ dan aku sesekali tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.181.~ Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk org-org yg merugikan.182.~ dan timbanglah dgn timbang yg lurus.83.~ Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu bermaharajalela di bumi dgn membuat kerosakan.184.~ Dan bertakwalah kpd Allah yg telah menciptakan kamu dan umat-umat yg terdahulu.185.~ Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah seorg daripada org-org yg kena sihir.186.~ Dan kamu tidak lain melainkan seorg manusia seperti kami dan sesungguhnya kami yakin bhw kamu benar-benar termasuk org-org yg berdusta.187.~ MAka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit jika kamu termasuk org-org yg benar.188.~ Syu'aib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui apa yg engkau kerjakan".189.~ Kemudian mereka mendustakan Syu'aib lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdpt tanda {kekuasaan Allah} tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.191.~ Dan TUhanmu benar-benar Dialah Yg Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." { Asy-Sua'ara : 176 ~ 191 }

Surah "Hud" ayat 84 sehingga ayat 95 sebagai berikut :~

"84.~ Dan kepada {penduduk} Madyan {Kami utus} saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku sembahlah Allah sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi sukatan dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu dlm keadaan yg baik {mampu} dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yg membinasakan {kiamat}.85.~ Dan Syu'aib berkata: "Hai kaumku cukupkanlah sukatan dan timbangan dgn adil dan jgnlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dgn membuat kerosakan.86.~ Sisa {keuntungan dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu adalah org-org yg beriman}. Dan aku bukanlah seorg penjaga atas dirimu."87.~ Mereka berkata: "Hai Syu'aib apakah sembahyangmu menyuruh kami agar kami meninggalkan apa yg disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami membuat apa yg kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah org yg sgt penyantun lagi berakal."88.~ Syu'aib berkata: "Hai kaumku bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yg nyata dari Tuhanku dan anugerahi-Nya aku daripada-Nya rezeki yg baik {patutlah aku menyalahi perintah-Nya}? Dan aku tidak mahu menyalahi kamu {dgn mengerjakan} apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali {mendatangkan} kebaikan selama aku masih bersanggupan. Dan tidak apa taufik bagiku melainkan dgn {pertolongan} Allah. Hanya kpd Allah aku bertawakkal dan hanya kpd-Nyalah aku kembali.89.~ Hai kaumku janganlah hendaknya pertentangan antara ku {dgn kamu} menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yg menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh sedang kaum Luth tidak {pula} jauh {tempatnya/masanya} dari kamu.90.~ Dan mohonlah ampun daripada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya.Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih."91.~ Mereka berkata: "Hai Syu'aib? Kami tidak banyak mengetahui tentang apa yg kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu adalah seorg yg lemah di antara kami kalaulah tidak krn keluargamu tentulah kami akan merejam kamu sedang kamu pun bukanlah seorg yg berwibawa di sisi kami."92.~ Syu'aib menjawab: "Hai kaumku! Apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah sedang Allah kamu jadikan sesuatu yg terbuang di belakangmu? Sesungguhnya {pengetahuan} Tuhanku meliputi apa yg kamu kerjakan."93.~ Dan {dia berkata}: "Hai kaumku perbuatlah menurut kemampuanmu sesungguhnya aku pun berbuat {pula}. Kelak kamu akan mengetahui siapa yg akan kedatangan azab yg menghinakannya dan siapa yg berdusta. Dan tunggulah azab {Tuhan}. Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."94.~ Dan tatkal datang azab Kami, Kami selamtkan Syu'aib dan org-org yg beriman bersama-sama dgn dia dgn rahmat dari Kami dan org-org yg zalim dibinasakan oleh suatu suara yg mengguntur lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.95.~ Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaanlah bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." { Hud : 84 ~ 95 }

Surah "Al-A'raaf" ayat 85 sehingga 93 sebagai berikut :~

"85.~ Dan {Kami telah mengutuskan} kpd penduduk Madyan saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku! sembahlah Allah, sesekali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kpdku bukti yg nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang sukatan dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu org yg beriman".86.~ Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dgn menakut-nakuti dan menghalang-halangi org yg beriman dari jalan Allah dan menginginkan agar jln Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit kemudian di perbanyak {oleh Allah}. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan org-org yg berbuat kerosakan.87.~ Jiak ada segolongan daripada kamu beriman kpd apa yg aku diutus utk menyampaikannya dan ada pula segolongan yg tidak beriman , maka bersabarlah sehingga Allah menerapkan hukuman-Nya di antara kita dan Dia adalah Hakim yg sebaik-baiknya.88.~ Pemuka-pemuka drp kaum Syu'aib yg menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan org-org yg beriman bersamamu dari kota kami atau kamu kembali kpd agama kami." Berkata Syu'aib: "Dan apakah {kamu akan mengusir kami}, meski pun kami tidak menyukainya?"89.~ Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yg besar terhadap Allah, jika kembali kpd agamamu, sesudah Allah melepaskan kami daripadanya, Dan tidaklah patut kami kembali kpdnya, kecuali jika Allah , Tuhan kami menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dgn hak {adil} dan Engkaulah Pemberi keputusan yg sebaik-baiknya".90.~ Pemuka-pemuka kaum Syu'aib yg kafir berkata {kpd sesamanya}: "Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu'aib, tentu kamu jika berbuat demikian {menjadi} org-org yg merugi".91.~ Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yg bergelimpangan di dlm rumah-rumah mereka.92.~ {iaitu} org-org yg mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, org-org yg mendustakan Syu'aib mereka itulah org-org yg rugi.93.~ Maka Syu'aib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kpdmu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap org-org yg kafir." { Al-A'raf : 85 ~ 93 }

Dan surah "Al-Hijr" ayat 78 sehingga 79 sebagai berikut :~

"Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu benar-benar kaum yg zalim.79.~ Maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua kota itu {Aikah dan Sadum kota kaum Luth} benar-benar terletak di jalan umum yg terang." { Al-Hijr : 78 ~ 79 } sumber:e-book islam

Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner